Tuesday, August 12, 2008

my immunization shot chart..

Assalamualaikum kawan-kawan...

Harinie ammie dan abah bawa arif g Klinik DBKL utk dapatkan last suntikan.. Ammie nak terangkan kat arif pentingnye suntikan tersebut. Ammie bukan saja2 nak beri suntikan kat arif tapi utk kesihatan arif juga. Ini info yg ammie dapat...let's share it..

Antara penyakit yang dilindungi melalui suntikan imunisasi ialah:

  • Batuk kering (melalui vaksin BCG) — Ia disebabkan bakteria Mycobacterium tuberculosis yang boleh merosakkan paru-paru, menyebabkan batuk kering dan pendarahan paru-paru. Ia merebak melalui udara.

  • Hepatitis B — Penyakit hati kronik yang menyebabkan kerosakan hati dan barah, akibat jangkitan virus Hepatitis B. Merebak melalui hubungan seks, kehamilan (daripada ibu kepada anak) dan di kalangan penagih dadah yang berkongsi jarum. Individu yang lahir sebelum 1989 dinasihatkan mendapatkan vaksin Hepatitis B kerana ia hanya diperkenalkan pada 1989.

  • Difteria (vaksin DPT) — Disebabkan bakteria Corynebackterium diphteriae. Ini sejenis penyakit kerongkong yang menyebabkan pesakit sesak nafas dan merebak melalui lendir ketika batuk atau bersin.

  • Pertutis (batuk kokol, dielak dengan vaksin DPT) — Penyakit menyerupai demam batuk selesema.

  • Tetanus (kancing gigi, dielak dengan vaksin DPT) — Akibat jangkitan bakteria Clostridium tetani yang menyebabkan otot di leher dan dagu tegang.

  • Polio (vaksin polio) — Disebabkan virus polio. Akibatnya kanak-kanak mengalami kelumpuhan kerana toksin daripada bakteria melumpuhkan sistem otot dan urat saraf.

  • Hib B (dielak dengan vaksin Hib) — Ia menyerupai penyakit demam batuk selesema, tetapi bakteria boleh merebak ke paru-paru (menyebabkan pneumonia) dan otak (mengakibatkan meningitis). Ia juga boleh mengakibatkan pendarahan dalam kulit dan ruam.

  • Beguk dan campak (dielak dengan vaksin MMR)

  • Beguk — Menyerupai demam batuk selesema dan virus merebak melalui udara ketika batuk. Ia menyebabkan bengkak pada kelenjar parotid (di bawah dan depan telinga).

  • Campak — Jangkitan virus akan menyebabkan ruam merah yang boleh merebak ke otak. Virus tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.

  • Hepatitis A — Ia disebabkan virus Hepatitis A yang membiak dalam makanan dan minuman tercemar sisa manusia. Perebakan virus boleh berlaku jika orang yang dijangkiti menyediakan makanan dan ia boleh merosakkan hati.

  • Demam kepialu (tifoid) — Akibat jangkitan bakteria Salmonella typhi, merebak melalui makanan dan air tercemar sisa manusia, menyebabkan cirit-birit, muntah dan pendarahan usus.

  • Meningococal Meningitis — Disebabkan bakteria meningococcus. Jangkitan berlaku di tempat yang sesak dan menyebabkan kerosakan urat saraf.

  • Cacar air — Disebabkan virus Varicella zoster. Pesakit mengalami ruam berair di seluruh badan dan boleh merebak ke otak (menyebabkan meningitis), muka dan mata (boleh menjadi buta). Ia dielak dengan vaksin campak (MMR).

  • Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia

    VAKSIN
    UMUR(BULAN)
    UMUR(TAHUN)
    Ketika Lahir 1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
    BCG (Tibi) x







    tiada parut

    Hep (Hepatitis B)
    x
    x x
    x





    DTP (Difteria, tetanus, pertussis)


    x x
    x

    x


    Hib (Haemophilus influenza type B)

    x x
    x





    OPV (Polio)

    x x
    x

    x x

    MMR (Measles, mumps, rubella)







    x
    x

    Measles (Campak)





    x




    DT (Difteria)









    x

    T (Tetanus)











    x
    PETUNJUK
    x Imunisasi Primer
    x Dos Tambahan
    x Sabah Sahaja

    1 comment:

    ibu said...

    aisyah dah habis imunisasi.. hehe tunggu yg 6 thn plk.. arif dah inject ke yg 18 bln??