Wednesday, February 25, 2009

medical leave...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Arif sekeluarga telah diserang virus demam, selsema, batuk n muntah sejak kami pulang dari percutian kami tempoh hari. Kami telah dikurantinkan di rumah tanpa membenarkan sesiapa melawat memandangkan virus ini boleh berjangkit kepada sesiapa sahaja. Sehingga ke hari ini kami masih belum pulih sepenuhnya. Kami memohon agar kawan2 dapat mendoakan kesejahteraan kami dan sembuh seperti sedia kala. AMIN...

my 1st trip to Cameron Highlands...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Lepas majlis Uncle Wan tamat dalam kul 2 ptg, kami sekeluarga plan nak bermalam kat Cameron Highlands. Alang-alang dah berjalan org kata... Tiba di Cameron dah kul 5 ptg so trus cari apartmentla utk rehatkan badan. Kami setuju memilih Parkland Apartment di Brinchang. Ade 3 bilik tidur + 3 bilik air with fully furnished apartment. puas atila...RM250 semalam..

Akibat cuaca yg panas terik sepanjang hari di padang kawat, tibe2 naik tempat sejuk, maka badan kami masing2 tak dapat menerima perubahan cuaca ini. Masing2 demam, muntah, batuk n selsema sepanjang malam di Cameron. Pulak tu bermalam di Cameron Highlands amat2la sejuk yg amat walaupun takde aircond. Arif tak tido malam tu sbb muntah, batuk n hidung tersumbat. Bile anak kecil sakit, maka percutian tu rasa tergendala sebentar...hehhehehehe...

Pukul 10 pagi keesokan harinye (15/2/09- Isnin), kami checkout. Tempat pertama kami lawati adelah taman rose. Tempat favourite Tok Mak. Banyak jugala Tok Mak borong pokok bunga nie. Pastu kami ke Strawberry Park..dapat makan aiskrim aje..tak dapat petik strawberry sbb bukan musim..boleh...dan strawberrynye kecik2 belaka..pastu kami ke pasar, borong buah, jagung, ubi n sayur. last tpt yg dituju ke Ladang Teh utk borong tehla..apelagi.. Bunga tak banyak dijual sbb semalam Valentine's Day, so stok dah abis..

Ahli rombongan yg menyertai percutian ini...

Disebabkan Arif, Ammie n Abah tak sihat, so tak banyak gmbar diambil. Masing2 sibuk melayan kerenah Arif yg kejap2 muntah. Lepas Arif muntah, Ammie plak sambung..hehehhehe..rasa tobat tak mau g lagi Cameron Highlands rasenye kecuali g menaiki pesawat persendirian yg leh trus landing di sana...hehehhehe...

Tuesday, February 24, 2009

my Uncle Wan..

Assalamualaikum kawan-kawan...

Dalam post terdahulu, Arif ade beritahu yg Uncle Wan nie adik bongsu ammie arif kan.. Haaa...nie Arif nak cite pasal Uncle Wan arif la.. Pada 14 Februari 2009, kami dijemput utk menghadiri Majlis Konvokesyen Uncle Wan kat Institut Latihan Tentera Udara Perak. Niela pertama kali dalam hidup Arif dapat g Perak. Arif g ngan Tok Mak, Ammie, Abah, Auntie Jah, Auntie Shery, Uncle Rock, Afiq n Sara. Kami g 2 buah kereta, Arif naik keta Auntie Jah.

Setibanye kami di Perak (13/2/09), kami masih tak boleh jumpa Uncle Wan. Ketat sungguh protokol tentera niekan. Dahla tak dapat jumpa Uncle Wan selama 6 bulan, raya tak balik, dah sampai pintu pagar pun tak boleh jumpa lagi. kena tunggu waktunye iaitu pada 14/2/09 jam 9.00 pagi. Kami hanya disediakan sebuah bilik hotel yg besar (fuyooo bestla..) utk berehat sementara menunggu waktunye. So kat bilik hotel apelagi Arif main kejar2la ngan Afiq n Sara. best dapat tido bersama2..

Kul 5 pagi, Ammie dah kejut Arif. Kena mandi (nasib baik air panas..tupun nagis gak) sbb pasnie kami kena bertolak awal ke tempat Uncle Wan. G lambat nnti tak dapat tempat, melepas plak nak tengok Uncle Wan berkawat..so sampai tempat Uncle Wan dalam kul 6, kami solat Subuh dulu kat masjid terdekat pastu breakfast roti telur. Kul 7 baru dapat masuk parking, tupun sume tempat dah penuh. Kiteorg pelikla, dorang nie tido kat sini ke..boleh ke...


Muka kena paksa bangun pagi... Macam tak mandi je sbb dah berlari...

Pertama kali nampak aeroplane...Arif jerit, Abah aeroplane...Ammie aeroplane..excited sungguh..

Dapat gak duduk kat bawah khemah walaupun dok barisan paling belakang...hehhehhe...sian, ade lagi ramai org yg tak dapat duduk..Dorang kena dok kat bawah aeroplane tadi..


Sbb sume tpt dah penuh (baru kul 7 tu..), ade pegawai offer tempat duduk sblh khemah VVIP. nasib baik ade tempat.. Yang best kat tempat Uncle Wan nie, Arif bleh nampak aeoroplane besar...tapi arif tak bleh naikla..dapat bergambar pun cukupla..

Tepat kul 9 pagi, acara pun bermula. Kami nyerla teruja mencari Uncle Wan. dah ramai2 kan, sume nampak macam Uncle Wan..gelap pun sama..last2 ammie dapat gak kenalpasti Uncle Wan kat barisan mana..so bleh layan video Uncle Wan marching nie...

Selepas tamat majlis iaitu dalam kul 11.00, kami berpeluang berjumpa Uncle Wan, melepaskan rindu, bergambar sakan.. yang sedihnye, Uncle Wan dah 'HITAM'..Arif takut n tak kenal Uncle Wan.. nie buktinye...Ape2pun kami ingin mengucapkan SYABAS!!! dan TAHNIAH!!! sbb Uncle Wan berjaya menamatkan kursus nie selama 6 bulan dan berjaya melayakkan diri sebagai PERAJURIT MUDA... lepas nie Uncle Wan kena posting kat Labuan..nie bertahunla tak jumpa..huhuhu..tapi takpe, demi kerjaya n masa depan Uncle Wan, kami doakan hanya yg terbaik untuknye...

Gambar Uncle Wan bersama Tok Mak n family angkatnye...

my new cousin...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Pada 26 Januari 2009, seorang lagi sepupu Arif telah dilahirkan di dunia ini..Selamat Datang kepada cucu ke 6 Tok Wan n Tok Mak iaitu Edwina Maryam... Tahniah pada Uncle Boy n Auntie Linda sbb dapat baby yg comel ini. Arif jumpa bb Maryam waktu nie dia dah berusia 1 minggu. Kami datang waktu pagi so bb Maryam tido jela walaupun Arif terjerit2, terlompat2 panggil bb maryam..Ape2 pun, jom layan gambar yg Arif amik nie..

Arif suka sangat2 sbb tahun nie je Arif dapat kawan ngan bb Auni dan bb Maryam. Tak lama lagi Arif pun dapat adik sendiri..bestla..