Thursday, July 31, 2008

my auntie and uncle...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari nie saya nak perkenalkan auntie-auntie dan uncle-uncle saya..sume nie adik beradik ammie saya. abah takde adik atau abang atau kakak. abah saya anak tunggal. saya sangat rapat ngan auntie dan uncle sebab dorang "sporting"...nie cerita dorang ok...


Ammie ada 7 orang adik beradik. 5 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Ammie anak yang kedua. Nie gambar auntie-auntie masa kawin uncle boy kat rumah auntie linda. Kakak ammie nama auntie sherry, pas ammie ade auntie ajah, auntie ain , auntie yan, uncle boy dan uncle wan. Meh saya ceritakan tentang mereka nie...



Nie family auntie sherry. Auntie kawin dengan uncle nozely. Uncle Nozely orang Kelantan tapi dah lama menetap di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Dorang dikurniakan 2 orang anak yang cute dan cergas iaitu Afiq dan Sara. Afiq dah 5 tahun dan Sara pula 3 tahun. Dorang nie tinggal kat Bandar Sunway Semenyih kat Semenyih. Auntie sherry rajin wat masak-masak dan jamu kiteorg makan.



Nie pula auntie ain ngan uncle eddy.


Auntie ain adik ammie no.5. Auntie ain kawin sama tarikh dengan ammie. Uncle eddy orang Gombak. Mereka dikurniakan seorang anak yang sebaya dengan arif iaitu Mohammad Amirul Hafiz. Amirul dilahirkan pada 19 Oktober 2007. Mereka tinggal di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Auntie ain selalu belanja kiteorang makan di Kenny Rogers manakala Uncle eddy bleh "open table" n ronggeng karaoke kat redbox Quality Hotel.




Nie pula gambar kawin uncle boy ngan auntie linda. Uncle boy adik ammie no.4. Uncle boy baru kawin iaitu pada 19 April 2008 ritu. Sekarang nie auntie linda dak muntah-muntah so ammie kata tak lama lagi arif ade lagi sorang sepupu. so bleh wat partner la utk lawan bola ngan afiq. Auntie linda orang Bukit Kangkar, Muar Johor. Sekarang nie dorang tinggal di Bukit Jelutong, Shah Alam. Auntie linda pun pandai masak tapi sekarang dia stopkan dulu aktiviti masak-memasak sbb tengah mabuk...hehehhehhe..



Yang pakai tudung warna hitam tu auntie jah. Auntie jah adik ammie no.3. Auntie jah belum berkawin. Auntie jah begitu sibuk ngan aktiviti grooming dia tu..selalu sibuk sampai takde masa nak bawa arif jalan-jalan tapi arif selalu dapat hadiah dari auntie jah...hehhehhe....



Nie auntie yan ngan uncle zizie. Auntie yan adik ammie no.6. Auntie yan dah kawin ngan uncle zizie. Dorang kawin sama tarikh dengan uncle boy. Ammie blum dapat gambar kawin dorang lagi so pakai dulu gambar lama eik.. Uncle zizie orang Kepong. Auntie yan sekarang pun tengah loya-loya. So tahun depan arif dapat sekali 2 sepupula.. Dorang nie dok kat Flora Damansara. Arif selalu g rumah auntie yan sebab nak mandi kat pool.



Yang pakai baju melayu warna putih tu uncle wan dan yang pakai baju warna maroon tu uncle boy. Uncle wan adik bongsu ammie. Uncle wan belum kawin..baru 21 tahun. Sekarang uncle wan tengah prepared nak g kursus kat TUDM. Ammie kata, uncle wan nak jadi pilot tapi kalu tak lulus jadi tukang repair kapal terbang pun jadila.. arif doakan uncle wan berjaya..chaiyooo!!!!

Al-Fatihah buat Tok Lang dan Tok Nenek...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Kali nie saya nak cerita tentang kehilangan orang-orang yang tersayang dalam hidup saya.. Kata ammie, Allah amat sayang pada Tok Lang dan Tok Nenek..tu yang Allah jemput mereka kembali..



Ini adalah Tok Lang saya. Namanya Halimah Bin Mohammed. Tok Lang lahir pada 31 Julai 1948. Hari niela harijadi Tok Lang. Kalau dulu arif wish Selamat Hari Jadi Tok Lang, semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur tapi sakarang arif hanya mampu berdoa agar Tok Lang sentiasa ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tunggu arif di syurga nanti yea...Setiap hari arif doa dan sedekah fatihah pada Tok Lang. Arif rindu Tok Lang.



Sekejap rasanye dah sebulan Tok Lang tinggalkan arif. Tok Lang meninggal dunia pada 29 Jun 2008. Rasanye macam baru je rase Tok Lang dukung arif, tenteramkan arif kalu arif nagis, main-main dengan arif, suap arif makan, ajar halau lalat, ajar main anak kucing...macam-macam dah Tok Lang wat untuk arif. Segala kenangan akan sentiasa terpahat dalam ingatan arif...insya Allah..





Ini pula Tok Nenek saya. Tok Nenek adalah abah Tokki. Ammie kata tok Nenek adalah moyang arif. Nama Tok Nenek ialah Hj. Jalis Bin Ludin. Tok Nenek meninggal sebab sakit tua. Sepanjang hidup Tok Nenek, dia jarang sakit. Tok Nenek kuat usahakan kebun. Arif tak sempat kenal Tok Nenek macam arif kenal Tok Lang tapi arif sempat bergambar dengan Tok Nenek. Masa tu arif baru sebulan. Genap arif 40 hari Tok Nenek pergi jumpa Tuhan tinggalkan arif. Arif doakan agar Tok Nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin..


Wednesday, July 30, 2008

my grandparents...

Assalamualaikum kawan-kawan..

Hari nie saya nak cerita tentang orang "kedua" kesayangan saya selepas ammie dan abah. Mereka adalah Tokki dan Tok (atuk sebelah abah) TokWan dan TokMak(atuk sebelah ammie).. Saya cerita kisah Tokki dan Tok dulu yea...


Nama Tokki saya ialah Hj. Haron Bin Hj. Tarip. Tokki dilahirkan pada 1 Mei 1941. Umur tokki
67 tahun. Dulu tokki seorang guru. Sekarang tokki mengusahakan dusun buah-buahan. Banyak buah ada kat dusun tokki. Ada durian, rambutan, manggis, kelapa,duku, langsat dan macam-macam lagi. Semua tu tokki tanam utk bagi arif makan malangnye sekarang nie arif belum pandai nak makan buah-buahan tu sume. Arif cuma pandai makan apple juice, watermelon juice n barli.



Selain itu, Tokki merupakan tok imam kat surau Parit Beting. Surau yang tak jauh dari rumah tokki. Hari-hari tokki pergi surau. Nanti arif dah besar, Arif nak jadi macam tokki. Arif nak belajar mengaji, nak belajar sembahyang, nak belajar azan, sume dengan tokki. Arif sangat manja dengan tokki sebab arif satu-satunya cucu kesayangan tokki. Tokki sayang Arif dan Arif pun sayang sangat-sangat kat tokki.


Nie kisah Tok saya pula. Nama Tok saya ialah Hjh. Maimunah Bin Hj. Mohammed. Tok dilahirkan pada 5 November 1941. Tok dan Tokki sebaya iaitu 67 tahun. Dulu tok seorang guru yang amat disegani. Tok suka sangat menuntut ilmu dan membaca buku sehingga sekarang. Tok suka simpankan arif kotak dan buku untuk arif belajar sebab tok tau tujela barang-barang yang arif suka main. Arif sayang Tok.


Nie pula kisah Tok Wan dengan Tok Mak. Macam biasa saya cerita kisah Tok Wan dulu. Nama Tok Wan ialah Hj. Abdul Manap Bin Hj. Musbah. Tok Wan dilahirkan pada 31 Ogos 1946. Sume orang akan celebrate harijadi Tok Wan sbb sama dengan hari Kemerdekaan Malaysia. Dulu Tok Wan seorang guru sekarang setelah bersara Tok Wan usahakan kebun buah-buahan sama seperti tokki. Tok Wan selalu bawa arif jalan-jalan tengok burung dan monyet (kalau ada) kat kebun Tok Wan.



Nama Tok Mak ialah Hjh. Jamilah Bt. Hj. Mohd. Zain. Tok Mak lahir pada 19 Julai 1946. Tok Mak dan Tok Wan sebaya iatu masing-masing sudah 62 tahun. Dulu Tok Mak juga seorang guru tapi setelah bersara Tok Mak suka buat kek. Tok Mak ambil tempahan buat kek jika ade kenduri atau majlis keramaian. Kek kukus Tok Makla paling best kat kampung nie.

Tok Wan dan Tok Mak ada 4 orang cucu setakat ini iaitu Afiq, Sara, Arif (sayala...) dan Amirul. 2 orang cucu lagi bakal keluar insya Allah pada tahun depan. Setakat nie Afiq adalah ketua dan akan buat rumah Tok Wan dan Tok Mak huru-hara. Nanti saya akan cerita kisah mereka yea..tunggu...

Friday, July 25, 2008

my horoscope....


Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari nie saya nak kongsi kehebatan diri kita melalui tarikh lahir. Saya lahir pada 21 Januari 2007. Saya berbintang Aquarius. Dalam bulan Islam pula, saya lahir pada 2 Muharram 1428 Hijrah.

Nie kata-kata hikmat (kononnya) tentang orang yang lahir pada bulan Januari...

fun quiz for myspace profile and blog

Nie pula peristiwa bersejarah dalam Islam yang berlaku pada bulan Muharram.

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.


Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”

Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

  1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
  2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
  3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.
  5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
  6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
  7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
  8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
  9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
  10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.

Sumber :

www.pkpu.or.id

my name...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Kawan- kawan nak tau tak makna nama saya? Ammie kata kite kena panggil orang dan beri nama yang elok-elok pada seseorang supaya orang itu membesar menjadi seorang yang soleh/solehah dan berguna pada diri dia, masyarakat dan agama.

Ammie dan Abah beri nama saya Arif Iskandar sebab maknanya dalam Islam adalah seorang Raja yang bijaksana dan kuat. Ammie beri nama Arif Iskandar sebab arif sewaktu dalam kandungan ammie, kuat menerima sag0 ala cabaran dan ujian sehinggala arif dilahirkan. Nie gambar arif masa dalam perut ammie..


Arif 8 minggu 3 hari


Arif 12 minggu

Nie pula maksud nama Arif Iskandar versi 'cleopatra'...
What Arif Iskandar Means
You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are wild, crazy, and a huge rebel. You're always up to something.
You have a ton of energy, and most people can't handle you. You're very intense.
You definitely are a handful, and you're likely to get in trouble. But your kind of trouble is a lot of fun.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are loving, compassionate, and ruled by your feelings.
You are able to be a foundation for other people... but you still know how to have fun.
Sometimes your emotions weigh you down, but you generally feel free from them.

You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.
You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.
You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.

You are a seeker of knowledge, and you have learned many things in your life.
You are also a keeper of knowledge - meaning you don't spill secrets or spread gossip.
People sometimes think you're snobby or aloof, but you're just too deep in thought to pay attention to them.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are balanced, orderly, and organized. You like your ducks in a row.
You are powerful and competent, especially in the workplace.
People can see you as stubborn and headstrong. You definitely have a dominant personality.

Thursday, July 24, 2008

my abah n my ammie...

Assalamualaikum kawan-kawan....

Daisypath Next Aniversary Ticker

Hari nie saya nak cerita tentang abah dan ammie pula.. Kenapa ade cerita dorang nie?.. Kalau takde dorang saperla saya..macam mana Arif Iskandar boleh wujud..betul tak...hehhehehhehe.. ok la saya cerita kisah abah saya dulu..



My superhero Abah

Nama abah saya ialah Lokman Hakim Bin Haron. Umur abah 36 tahun. Abah lahir pada 4 Ogos 1972. Abah saya dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Aminah Muar, Johor. Abah saya bekerja di Magna Prima Sdn. Bhd. Ofis abah tidak jauh dari rumah kami. Abah bekerja 6 hari seminggu. Walaupun begitu saya selalu jumpa abah. Abah balik makan tengahari dan pulang pada pukul 6.00 petang. Abah akan bawa saya berjalan-jalan di padang setiap petang. Malam pula abah rajin juga bawa kami pergi makan dan berjalan-jalan di Jusco atau Carrefour yang berhampiran dengan rumah kami.

Setiap malam saya akan bersembahyang Maghrib dan Isya' dengan abah. Abah ajar saya mengaji. Abah juga ajar saya bermain bola sepak. Abah juga suka menyanyi. Cita-cita abah dulu nak jadi penyanyi tapi tidak kesampaian kerana halangan keluarga. Oleh itu abah ajar saya menyanyi. Menyanyi adalah seronok dan saya suka belajar melalui nyanyian. Apabila waktu nak tidur, sememangnya tugas abah untuk menyalinkan dryper saya. Saya suka tidur sebelah abah dan dengar alunan dengkuran abah yang mendamaikan...hehehhehhe...ARIF SAYANG ABAH!!!!



My supermum Ammie

Ini adalah ammie saya. Nama ammie saya ialah Norul Aini Bte Abdul Manap. Umur ammie 30 tahun. Ammie lahir pada 15 November 1977. Ammie saya dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Aminah Muar, Johor. Ammie tidak bekerja seperti abah. Ammie ditugaskan menjaga segala kebajikan dan keperluan saya. Ammie adalah teman paling rapat dan teman setia saya. Ammie teman saya tidur, teman saya bermain, teman saya mandi, teman saya makan, teman saya sewaktu sakit, teman saya pergi checkup, teman saya untuk meluahkan perasaan, teman untuk berlawan, teman untuk belajar, teman untuk menyanyi, teman untuk berjalan-jalan....banyak lagila..nak senaraikan sume ke...hehhehhee...banyakkan tugas ammie. Semua nie ammie charge for free aje..hehehhehe...

Ammie suka sangat berchatting..tak kira..chat kat telephone atau kat alam cyber. Ammie selalu ketawa bile lepas cakap. Saya selalu tiru gaya ammie. Sekarang saya sudah pandai dail nombor telephone abah dan tokki kat kampung. Saya pun dah pandai on and off PC. Ammie buat hidup saya ceria. Saya berasa selamat sangat-sangat bila ade ammie. Ammie adalah perlindung terbaik dari segala serangan dan ancaman makhluk asing. ARIF SAYANG AMMIE!!!!!

Doa Arif untuk abah dan ammie :
Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua (ammie dan abah) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Ayat 24 Surah Al-Israa'

me..myself...and...i...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari ini saya nak bercerita tentang diri saya. Kalau abang long, kak long, abg chik sume nak wat karangan blehla ikut contoh cerita saya nie eik...hehehhehheh...

Nama saya Arif Iskandar Bin Lokman Hakim. Saya dilahirkan pada 21 Januari 2007 pada pukul 8.15 pagi di Hospital Selayang, Selangor. Berat saya sewaktu dilahirkan ialah 3.13kg. Nombor MyKid saya ialah 070121-10-XxXx. Saya tinggal di Metro Prima, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya dilahirkan sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu.

Sekarang ini saya hanya mendapat pendidikan dalaman dari ammie dan abah. Saya amat mengemari Kumpulan Wiggles (rockstar group dari Australia). Sukan kegemaran saya adalah bermain bola dan bersilat. Makanan kegemaran saya adalah sate, ayam dan ikan. Minuman kegemaran saya semestinyala susu ammie saya. hehhehhe sedap..nyumm..nyumm...nyumm..

Di sini saya sertakan gambar-gambar comel saya dari dilahirkan hingga kini.
AMARAN: Kawan-kawan dilarang memanipulasikan gambar comel saya nie eik...




Umur : 2 hari Umur : 1 bulan

Umur : 3 bulan Umur : 4 bulan


Umur : 5 bulan


Umur : 6 bulan


Umur : 8 bulan Umur : 10 bulan


Umur : 11 bulan

p/s : Gambar-gambar terkini akan di 'update' tak lama lagi...tunggu.....


Wednesday, July 23, 2008

HI!!!! IT'S ME...


Assalamualaikum kawan-kawan...iiiiiiii

Nama saya Arif Iskandar Bin Lokman Hakim. Umur saya 1 tahun 6 bulan. Ammie, Abah, Tokki, Tok, Tokmak, Tokwan sume panggil saya Arif. Ade seorang kawan Tokki panggil saya Iskandar..
kawan-kawan nak tau kisah hidup saya tak..jomla baca cerita saya..kalau tak tau baca lagi buat mcm saya..saya suruh Ammie saya tulis dan bacakan untuk saya tentang ape saja setiap hari..saya hanya tau bercakap ajela..tupun mujur ammie ngan abah faham bahasa saya...hehehehhe...

Lilypie Breastfeeding Ticker