Tuesday, March 23, 2010

kami kemalangan....

Assalamualaikum kawan-kawan...

Pada 14 Mac 2010, Ahad, pukul 11 malam kami bertolak dari Muar balik ke KL. Perjalanan kali nie amat lancar sebab cuti sekolah. Tak banyak kereta di jalanraya. Setibanye kami di KL, hujan mula turun. Nak kate lebat, tak juga tapi kalu dok luar garenti basah.. Kami melalui Jalan Duta, tiba2 kereta kami disondol oleh kereta jenis Wira yg dipandu agak laju. Kereta Wira tu diluar kawalan lalu berpusing2 sebelum tersadai di bahu jalan raya. Alhamdulillah, mujur takde kemalangan jiwa. Arif ngan Anis yg sedang lena diulit mimpi tak sedar apa yg berlaku.

Kereta abah hanya pecah lampu signal ngan side miror. Nasib baik tak remuk. Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat. Kat sini Arif nak pesan, BERHATI-HATI DI JALANRAYA. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT. Walaupun bukan salah kita, kecuaian orang lain tapi kena ingat MALANG TAK BERBAU, so lu pikirla sendiri...

4 comments:

Ietams said...

alhamdulillah tak de kecederaan.

ibu addin dan nasa said...

Syukurlah semua selamat...

Ealyie said...

halooo..
lama xupdate belog nmpk?
rindu lahh... :)

Akhak aka Madam Besat said...

salam ziarah..