Tuesday, November 11, 2008

my teeth...

Assalamualaikum kawan-kawan...


Arif tumbuh gigi lambat tau. 1st gigi bawah (depan) keluar waktu tu arif umo 1 tahun. Sekarang nie arif dah 1 tahun 9 bulan, nak kata banyak gigi arif dah tumbuh. Nie info yg ammie cari utk kenalpasti pertumbuhan gigi arif.





Pembentukan gigi kanak-kanak bermula sebelum lahir lagi. Seawal-awal 4 bulan, gigi susu, atau gigi yang akan berganti, akan tumbuh. Biasanya, kesemua 20 batang gigi susu ini akan tumbuh pada umur 3 tahun, sungguhpun perkembangan dan susunannya berbeza. Gigi kekal mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Proses ini akan berterusan sehingga lebih kurang umur 21 tahun.



KESIHATAN GIGI BAGI KANAK-KANAK

Untuk memastikan kesihatan gigi dan tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat:
• Kurangkan pengambilan gula
• Pastikan kanak-kanak mendapat fluorida secukupnya, sama ada melalui air minuman atau sebagai rawatan di pejabat doktor pergigian
• Ajarkan kanak-kanak cara yang betul memberus gigi dan mengunakan flos
• Perhatikan mereka memberus gigi dan bantu mereka menggunakan flos, sesuatu yang mungkin sukar dilakukan oleh kanak-kanak

HALANGAN UTAMA KEPADA KESIHATAN GIGI KANAK-KANAK

Bayi
•“Kereputan gigi kerana botol susu”
— Bersihkan gusi dengan kain kasa atau tuala muka yang bersih dengan air selepas memberi susu.
Apabila tumbuh gigi, berus setiap hari dengan sedikit ubat gigi fluorida sebesar biji kacang
— Letakkan sebotol air, bukan susu atau jus, semasamenidurkan kanak-kanak

• Menghisap ibu jari
— Bukan sesuatu yang membimbangkan sehinggalah kanak-kanak berumur 4 tahun atau apabila gigi kekal tumbuh; selepas tempoh ini, ia boleh menyebabkan perubahan pada gigi

• Bintik putih pada gigi
— Sebaik sahaja gigi pertama tumbuh (lebih kurang 6 bulan), mulakan pembersihan gigi kanak-kanak setiap hari dan jadualkan janji temu dengan doktor pergigian
- Kanak-kanak berjalan jatuh

• Takut doktor pergigian
— Pangku kanak-kanak semasa pemeriksaan

• Kesukaran mengadakan rutin penjagaan gigi
— Libatkan seisi keluarga—memberus gigi beramai-ramai pada masa yang sama setiap hari untuk mewujudkan tabiat yang baik

• Gemar gula-gula
— Berikan kanak-kanak pilihan snek yang berkhasiat, seperti lobak merah, kismis, dan yogurt


2 comments:

mamahanees said...

Sama la awak ngan kite....lambat tumuh gigi. Kite tumbuh gigi serentak ngan boleh jalan....masa kite 1 thn 2 bln stgh. Lagi lambat drpd awak. Skrg ni kite baru ada 3 gigi atas, 3 kat bwh. Pastu everytime kite nangis, mama kite sibuk amik peluang utk tgk gigi kite. Mama ckp, nampak mcm gigi geraham pun dah tumbuh :-)

Arif Iskandar said...

kite serupa (tang tumbuh gigi)...hehhehehe..hanees blum tumbuh gigi dah pandai bercakap, baca buku...

Arif dah ade gigi garham dalam (atas n bawah) gigi depan n gigi taring. gigi taring blum kuar sepenuhnye.kalu gatal gusi kite selalu gigit ammie..hehhehe..bile taring kuar kite nak gigit ape plak eik...hehehhehe...