Friday, September 12, 2008

my kompang...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Kawan-kawan tau tak ape tu kompang. Nie ammie amik info pasal kompang kat Wikipedia:

Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Arif pun ade kompang juga. Kompang nie moyang arif yg buat. buatan tangannye sendiri tau..moyang arif awalnya buat kompang nie utk abah arif. pas arif dilahirkan, atuk bagi kompang abah kat arif plak. so atuk kate pasnie arif bleh simpan n bagi kat anak arif plak..hehhehe..berapa generasi da kompang nie bleh bertahan..hehhehehe...niela aktiviti arif ngan kompangnya..

Pantang dengar lagu yg ade bunyi kompang, mesti sibuk dok cari kompang arif juga...


Yang ammie tak tahan bile dah penat tepuk kompang, nak pijak n menari atas kompang..ammie takut arif jatuh je tapi arif cool lagi..


Nie arif malu2 kucing nak tunjuk skill main kompang kat kawan2..hehhehehe...

2 comments:

mamahanees said...

Arif, pandai la awak main kompang. Nanti leh ajar kite :-)

Kite 1st time tgk kompang waktu makcik kite kawen bulan lepas. Punya la kite excited....kite tepuk2 tgn seolah2 tgh main kompang hehehe

Arif Iskandar said...

kite tak pandai main kompang lagila hanees..main tepuk2 je blehla..nnti kalu hanees kawen blehla kite main kompang utk majlis hanees k..hehehhe