Friday, May 8, 2009

my 1st boatride...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Pada cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas, kami sekeluarga telah pulang ke kampung iaitu di Muar, Johor. Kebetulan cuti panjang, Tok Dik dan Kak Mira pun balik ke kampung juga. Kami bercadang ingin menaiki bot memandangkan inilah pengalaman pertama Arif menaiki bot menyusuri Sg. Muar. Kawan-kawan bleh tengok pamplet nie kalu berminat nak tau ke mana bot nie bawa kami.


So pada petang yg berangin, kami berenam iaitu Tok Mak, Tok Dik, Kak Mira, Arif, Abah dan Ammie pun g Tanjung Mas. Beli tiket, dewasa RM10 kanak2 mcm Arif free... Nak naik bot kena pakai "lifejaket" sbg langkah keselamatan. Memandangkan nie pengalaman pertama Arif, Arif agak takut juga. Seboleh2 ajak ammie n abah balik. Arif peluk abah kuat2 takut terlepas. Gara2 takut dan dibuai ngan angin sepoi2 serta alunan muzik keroncong asli, maka Arif pun dibuai mimpi sepanjang 45 minit kami menyusuri Sg. Muar tersebut...hehehhe..hanya gambar aje dapat menceritakan keadaan di tempat kejadian..jom layan..

Gambar sebelum naik bot..


Gambar semasa atas bot...alahai..penakut sungguh anak bujang ammie nie..

No comments: