Wednesday, February 25, 2009

my 1st trip to Cameron Highlands...

Assalamualaikum kawan-kawan...

Lepas majlis Uncle Wan tamat dalam kul 2 ptg, kami sekeluarga plan nak bermalam kat Cameron Highlands. Alang-alang dah berjalan org kata... Tiba di Cameron dah kul 5 ptg so trus cari apartmentla utk rehatkan badan. Kami setuju memilih Parkland Apartment di Brinchang. Ade 3 bilik tidur + 3 bilik air with fully furnished apartment. puas atila...RM250 semalam..

Akibat cuaca yg panas terik sepanjang hari di padang kawat, tibe2 naik tempat sejuk, maka badan kami masing2 tak dapat menerima perubahan cuaca ini. Masing2 demam, muntah, batuk n selsema sepanjang malam di Cameron. Pulak tu bermalam di Cameron Highlands amat2la sejuk yg amat walaupun takde aircond. Arif tak tido malam tu sbb muntah, batuk n hidung tersumbat. Bile anak kecil sakit, maka percutian tu rasa tergendala sebentar...hehhehehehe...

Pukul 10 pagi keesokan harinye (15/2/09- Isnin), kami checkout. Tempat pertama kami lawati adelah taman rose. Tempat favourite Tok Mak. Banyak jugala Tok Mak borong pokok bunga nie. Pastu kami ke Strawberry Park..dapat makan aiskrim aje..tak dapat petik strawberry sbb bukan musim..boleh...dan strawberrynye kecik2 belaka..pastu kami ke pasar, borong buah, jagung, ubi n sayur. last tpt yg dituju ke Ladang Teh utk borong tehla..apelagi.. Bunga tak banyak dijual sbb semalam Valentine's Day, so stok dah abis..

Ahli rombongan yg menyertai percutian ini...

Disebabkan Arif, Ammie n Abah tak sihat, so tak banyak gmbar diambil. Masing2 sibuk melayan kerenah Arif yg kejap2 muntah. Lepas Arif muntah, Ammie plak sambung..hehehhehe..rasa tobat tak mau g lagi Cameron Highlands rasenye kecuali g menaiki pesawat persendirian yg leh trus landing di sana...hehehhehe...

No comments: